SAPS NKRA Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS NKRA Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, sistem aplikasi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini, turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga. Ia berikutan ibubapa atau penjaga boleh mengetahui, memantau perkembangan prestasi belajar anak / jagaan mereka selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan secara atas talian (online) melalui portal Semakan Ibu Bapa di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tersebut.

SAPS NKRA Ibu Bapa

SAPS NKRA Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS SEMAKAN IBU BAPA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TERKINI PELAJAR / ANAK / JAGAAN TAHUN 2017
Pernyataan Info
Dengan berpandukan slip keputusan peperiksaan (analisis markah), ibubapa dan juga pelajar boleh mendapatkan maklumat seperti bilangan mata pelajaran daftar, jumlah markah, kedudukan dalam kelas / darjah, kehadiran (jumlah hari), peratus gred purata dan keputusan pencapaian gred keseluruhan mata pelajaran
Ibubapa atau penjaga mahupun pelajar sendiri hanya perlu mengikuti beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat semakan keputusan ujian / peperiksaan secara atas talian (online) melalui maklumat penerangan yang dinyatakan dalam ruangan berikut
Saps Ibu BapaBawahPautan Portal Semakan SAPS (Ibu Bapa / Pelajar)
Sistem Aplikasi ServerSila Klik LinkSAPS Portal Rasmi Semakan Ibu Bapa – Keputusan Peperiksaan Pelajar
Saps Login GuruBawahPautan Menu Muka Utama Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Guru)
Sistem Aplikasi ServerSila Klik LinkNKRA Pendidikan – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Cara CaraPanduan Penggunaan Portal SAPS Ibu Bapa – Semak Slip Peperiksaan Pelajar
SAPS Ibu Bapa Result Exam
Setelah melayari Portal Semakan Ibu Bapa (SAPS) menerusi judul pautan saps ibu bapa seperti di atas, Ibubapa / Penjaga / Pelajar hanya perlu melakukan beberapa perkara mudah seperti dinyatakan di bawah untuk membuat semakan dan mendapatkan keputusan ujian / peperiksaan anak / jagaan masing-masing
Nombor 1Melengkapkan ruangan No KP atau Sijil Lahir
Nombor 2Tandakan pilihan Sekolah sama ada Rendah atau Menengah juga Pilih Tahun peperiksaan yang mahu di semak
Nombor 3Masukkan Kod Pengesahan seperti yang telah tertera
Nombor 4Kemudian klik pada butang Semak dan butiran murid / pelajar akan dipaparkan
Nombor 5Seterusnya sila buat pilihan Jenis Peperiksaan dan mendapatkan analisis markah melalui butang Papar Slip Keputusan / Papar Markah Peperiksaan
MYNotaSetiap laporan Slip Keputusan dijana dengan menggunakan perisian Adobe Reader
SAPS Ibu Bapa Pilihan Semakan
MYNota
Status BetulSekolah Rendah, sistem SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Status BetulSila pastikan komputer atau peranti mudah alih dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) bagi membolehkan lampiran slip keputusan juga pemarkahan dapat dipaparkan
Status BetulData rekod peperiksaan pelajar bagi tahun-tahun sebelumnya turut boleh disemak menerusi sistem aplikasi yang sama
PaparanContoh Paparan Slip Keputusan Dan Analisa Markah Peperiksaan
SAPS Slip Keputusan Peperiksaan
Jadual SemakanJadual Tarikh Kemasukan / Kemaskini Data Ujian Atau Peperiksaan Ke Sistem Saps Tahun 2017
Jadual (takwim) yang disertakan bagi Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman tahun 2017 adalah untuk tindakan guru kelas ataupun pihak yang berkenaan
Bagaimanapun, jadual ini boleh membantu ibu bapa untuk membuat semakan keputusan anak jagaan mereka dengan merujuk kepada tarikh kemasukan (key-in) markah keputusan setiap peringkat ujian atau peperiksaan yang telah diadakan
Jadual Kunci Masuk Markah
PeperiksaanTahun / TingkatanTarikh MulaTarikh Akhir
Pertengahan TahunTahun 6 / Tingkatan 518 Mei 201716 Jun 2017
PercubaanTahun 620 Julai 201718 Ogos 2017
PercubaanTingkatan 514 September 201716 Oktober 2017
Akhir TahunTahun 5 / Tingkatan 420 November 201724 November 2017
MYNotaTarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1-5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

GredTafsiran Dan Gred Pemarkahan Rasmi Sekolah Rendah Dan Menengah (Menengah Rendah / Atas) Terkini
Gred Sekolah Rendah
Julat MarkahGredCatatan
80-100ACemerlang
65-79BBaik
50-64CMemuaskan
40-49DMencapai Tahap Minimum
0-39EBelum Mencapai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir
Gred Menengah Rendah
Julat MarkahGredCatatan
85-100ACemerlang
70-84BKepujian
60-69CBaik
50-49DMemuaskan
40-49EMencapai Tahap Minimum
00-39FBelum Mencapai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir
Gred Menengah Atas
Julat MarkahGredCatatan
90-100A Cemerlang Tertinggi
80-89ACemerlang Tinggi
70-79A-Cemerlang
65-69B Kepujian Tertinggi
60-64BKepujian Tinggi
55-59C Kepujian Atas
50-54CKepujian
45-49DLulus Atas
40-44ELulus
00-39GGagal
THTHTidak Hadir

sumber: mysumber

Artikel SAPS NKRA Ibubapa Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top