SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan 2019/ 2020

SAPS ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah. Sistem ini merupakan sistem yang kerap kali digunakan oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Bagi guru, ianya diperlukan bagi memasukkan  markah peperiksaan pelajar. Dalam bahasa lainnya, key-in markah pelajar. Manakala bagi ibu bapa pula ianya perlu untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak di sekolah.

SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan 2019/ 2020


SAPS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan melalui secara atas talian (ONLINE). Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah
  • Keputusan pelajar bermula dari sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula daritingkatan 1 hingga tingkatan 5
Setakat ini keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM masih tidak boleh disemak melalui sistem ini.

Cara Membuat semakan SAPS Ibu Bapa

Berikut kami kongsikan cara bagaimana anda boleh membuat Semakan. SAPS Ibu bapa ini boleh dilakukan dengan cara berikut:
  1. Klik link di bawah ini untuk masuk ke dalam sistem aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa .
2. Anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut:

 saps
3. Masukkan no kad pengenalan atau pun sijil lahir pelajar. (Jika no kad pengenalan salah,klik sini). Masukkan no kad pengenalan pelajar tanpa meletak tanda senkang (-) ataupun menekan “space”.
4. Pilih negeri di mana sekolah pelajar belajar. Selepas itu, anda boleh membuat  carian nama sekolah pelajar berkenaan.
5. Klik semak.
Semoga anda dapat mengakses dan melihat prestasi anak-anak pelajar melalui aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa ini.

Nombor Untuk Dihubungi
Jika anda ada masalah mahupun persoalan untuk mengakses SAPS Ibu Bapa, anda bolehlah hubungi talian yang tertera di bawah ini:
TALIAN SEMENTARA : 012-6497579

Waktu: SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali pada cuti umum)
Rehat pada  1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)
Selamat membuat semakan SAPS Ibu Bapa kepada anda. Kongsikan artikel panduan ini kepada rakan-rakan guru anda dan juga kepada rakan ibu bapa lain.
Ataupun, boleh rujuk jadual di bawah ini jika anda memerlukan bantuan.

PEGAWAI MEJA BANTUAN
CARA ANDA DIBANTU
Guru MP/Guru Kelas/ Pengetua/Guru BesarSUP SAPS SekolahAnda diminta Hubungi SUP SAPS sekolah anda
Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP)Pegawai Unit ICT/ SPA di PPDLogin ke dalam sistem SAPS dan dapatkan nombor telefon yang diperlukan
Pegawai SAPS PPD dan JPNPegawai Unit ICT/SPA di BPSH, KPMLogin ke SAPS dan dapatkan nombor telefon yang diperlukan atau isi borang aduan.
Terdapat beberapa aduan mengatakan pengguna gagal memasuki sistem saps. Antara sebab yang terjadi adalah masalah sambungan private.

Masalah dalam Mengakses Sistem SAPS Ibu bapa

Jika anda mendapat “Your conection is not private“, ikut langkah berikut.
klik “Advanced” seperti gambar di bawah.

saps
Kemudian klik “Proceed” seperti gambar di bawah.

saps ibu bapa

Selamat membuat semakan keputusan melalui SAPS. Sila bookmark page ini untuk memudahkan anda kembali ke sini untuk mengakses sistem SAPS Ibu Bapa.

Artikel SAPS NKRA Ibubapa Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top