SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa Online - Applikasi semakan SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar secara online. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa yang dapat dikongsikan buat rujukan semua yang ingin menyemak keputusan peperiksaan secara online.
Anda boleh layari Laman web SAPS Ibu Bapa Untuk Semakan Ibubapa dan untuk ke menu utama semakan.

SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa Online

Apakah Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Antara lain SAPS adalah:-- Sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PPD dan Sekolah.
- Analisis yang dilakukan melalui sistem SAPS NKRA ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
- Data yang disimpan melalui SAPS boleh diguna pakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
Senarai Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak Melalui SAPS Ibu Bapa
Berikut adalah senarai keputusan peperiksaan pelajar yang boleh disemak melalui sistem SAPS :-- Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
- Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)
- Ujian 1
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Ujian 2
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM
Cara Membuat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan
Berikut adalah kaedah dan langkah-langkah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa:Anda boleh layari Laman web SAPS Ibu Bapa Untuk Semakan Ibubapa dan untuk ke menu utama semakan.
LANGKAH 1 : CARIAN MURID
- SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)
LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH
- SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
- Negeri : Nama Sekolah
Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017
Berikut dikongsian Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS tahun 2017 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.1. Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir).
- Terkini : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)
2. Peperiksaan Percubaan
- Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
- Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)
3. Peperiksaan Akhir Tahun
- Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)

- Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing
0 comments:
Post a Comment