Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2017 Melalui SMS

Cara Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2017 Melalui SMS. Keputusan SPM 2017 akan diumumkan pada 15 Mac 2018 (Khamis). Calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari yang sama. Keputusan peperiksaan SPM 2017 bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar. Semakan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 boleh dilakukan bermula jam 10.00 pagi, 15 Mac 2018 hingga jam 6.00 petang, 21 Mac 2018.

Cara Semak Keputusan SPM 2017 Melalui SMS

Cara Semak Keputusan SPM 2017 Melalui SMS

Sebanyak 443,883 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM 2017 di 3,363 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2017 Menggunakan Perkhidmatan mySMS

  • Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
  • Contoh : SPM 991403025778 KC007B067 hantar ke 15888
Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.
 

Kenyataan Media Pengumuman Tarikh Keputusan SPM 2017

Artikel SAPS NKRA Ibubapa Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top